BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

sponsor by

ads


p:P

Showing posts with label statistik geografi malaysia. Show all posts
Showing posts with label statistik geografi malaysia. Show all posts

Thursday, July 1, 2010


Kedudukan Ahram atau piramid yang terletak di Giza merupakan kawasan perkuburan Firaun di zaman dahulu. Ia merupakan salah satu tujuh binaan ajaib di dunia yang menjadi tumpuan para pelancong. Di kawasan ini terdapat tiga buah piramid utama dan juga Sphinx (Abu Houl) yang berkepala manusia bertubuh singa.Jika diperhatikan kawasan ini, jelas akan dapat dilihat terdapat satu pelantar atau dataran seluas 2000 meter persegi yang terletak di kawasan ini dalam keadaan tribunal. Bayang-bayang 3 buah piramid ini tidak mengenai satu sama lain. Piramid yang terbesar ialah Cheops, kemudian Chephren dan Micerines. Terdapat juga tiga piramid kecil bersebelahan ketiga-tiga piramid tadi seakan patung berhala bagi piramid-piramid utama tersebut.Menurut Herodotus, Cheops dan seluruh pemerintah Mesir telah menjadikan hamba abdi sebagai tenaga buruh untuk mengangkut blok-blok batu dari kuari di bawah bukit ke sungai Nil di Aswan. Batu-batu tersebut diangkut menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai Nil. Seramai 100 000 tenaga lelaki dikerah melaksanakan tugas ini termasuk kerja-kerja pemecahan batu, pengangkutan, pengukiran, dan sebagainya. Selama 10 tahun telah diperuntukkan untuk projek ini diselesaikan.Sebanyak 100 000 biji batu telah diangkut setahun atau 273 biji sehari yang jaraknya 1000 km dari Aswan ke Kaherah dengan menggunakan perahu. Menurut pendapat Herodotus dalam kerja penyusunan batu piramid ini, kren pengangkut dibuat di setiap tingkat untuk membawa bongkah batu ke tempatnya. Kren ini dperbuat daripada kayu balak. Menurutnya juga, sebanyak 41,884kg perak dibelanjakan untuk makanan pekerja dan buruh binaan.Pembinaan memakan masa suku abad dan terpaksa diberhentikan sementara akibat banjir besar sungai Nil. Piramid ini terdiri daripada 2.3 juta batu dan setiap bongkahan batu seberat 2.5 - 5 tan. Berat piramid Cheops pula dianggarkan sekitar 2.3 juta tan hingga 11.5 juta tan. ketinggian asalnya pula adalah 146 meter namun akibat proses luluhawa dan gempa bumi ia terhakis sehingga 137 meter. Ketinggian ini menyamai piramid Chephren (sederhana) yang tidak terhakis teruk di mana bahagian atasnya masih utuh. Piramid Mecerines pula merupakan piramid yang paling kecil dengan memiliki ketinggian 68 meter dan terletak jauh dari kedua- dua piramid utama ini....percayalah....

geography


wau...so amazing...who else can build this extrodinary wonders....
even i can't.....
have u visit this wonders...

statistik geografi

Selepas menulis tentang Raya, Remaja, Motosikal dan Kemalangan, tergerak dihati untuk mengetahui jumlah kemalangan dan kematian yang telah berlaku sepanjang tahun 2007. Lebih-lebih lagi untuk melihat seteruk mana kemalangan dan kematian yang melibatkan motosikal di Malaysia ini. Memang tidak dapat dinafikan motosikal merupakan kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan dan kehilangan nyawa.

Pada tahun 2006 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah seramai 6,287 orang. Dari jumlah ini penunggang dan pembonceng motosikal sahaja melibatkan 3,693 orang atau 58.7%. Sementara itu bagi tahun ini sehingga September 2007 jumlah keseluruhan kematian akibat kemalangan jalan raya ialah 4,646 dan penunggang serta pembonceng motosikal sahaja ialah 2,476 atau 53.3%.

Bagi kategori lain setakat September 2007, jumlah kematian yang melibatkan pemandu dan penumpang kereta ialah seramai 1,113 (24%), pejalan kaki 482 (10.4%), penunggang dan pembonceng basikal 141 (3%)pemandu dan kelindan lori 145 (3.1%), pemandu dan kelindan van 101 (2.1%), pemandu dan kelindan pacuan 4 roda 65 (1.4%), pemandu dan penumpang bas 64 (1.4%) dan kenderaan lain 59 (1.3%). Menurut perangkaan bagi 2005 kadar kematian jalan raya adalah 4.2 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar dan bagi 2006 3.95 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar.

Perangkaan Kematian Jalan Raya

Kategori
2006
Jan-Sept'06
Jan-Sept'07
Pemandu/Penumpang Kereta
1,215
920
1113
Penunggang/Pembonceng Motosikal
3,693
2,736
2,476
Pejalan Kaki
595
438
482
Penunggang/Pembonceng Basikal
242
183
141
Pemandu/Penumpang Bas
39
26
64
Pemandu/Kelindan Lori
229
174
145
Pemandu/Kelindan Van
103
73
101
Pemandu/Kelindan Pacuan 4 Roda
110
73
65
Lain-lain
61
48
59
JUMLAH
6,287
4,671
4,646
Sumber : PanduCermat

Menurut statistik terkini jumlah kematian untuk tahun 2007 ialah 6282 orang.

Bagaimanakah jumlah kemalangan dan kematian ini boleh dikurangkan dimasa akan datang? Apakah punca kemalangan jalan raya ini boleh berlaku? Pihak berkuasa boleh mengadakan undang-undang dan menguatkuasakannya, di mana mereka yang tertangkap akan dihukum. Berbagai kempen dan program boleh diatur untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya. Didikan di sekolah dan di rumah juga perlu seiring dalam usaha untuk menjadikan jalan raya lebih selamat.

Pihak kerajaan telah menubuhkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan misi menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai tahap keselamatan jalanraya setaraf dengan negara maju menjelang 2010 iaitu 10 kematian setiap 100,000 penduduk, 2 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar dan 10 kematian setiap satu billion kilometer perjalanan kenderaan. Objektif jabatan ini diwujudkan adalah sebagai "One Stop Agency" bagi memantau dan menyelaras program keselamatan jalanraya dari aspek Pendidikan, Penguatkuasaan, Kejuruteraan dan Persekitaran.

Walaupun begitu akhirnya bergantung kepada kesedaran dan sikap para pengguna jalan raya itu sendiri. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat ramah mesra dan berbudi pekertinya tetapi kenapa apabila menggunakan jalan raya bertukar menjadi kurang ajar dan tidak bertimbang rasa? Adakah sistem pendidikan kita yang terlalu menjurus kepada peperiksaan telah mengabaikan aspek-aspek sahsiah diri seorang itu? Mungkin juga ibubapa gagal memupuk nilai-nilai murni kehidupan kepada anak-anak? Sebelum menuding jari kepada sesiapa, cuba kita periksa dulu diri kita, bagaimanakah cara pemanduan kita?

..


sponsor by

p:p