BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

sponsor by

ads

p:P

Friday, July 2, 2010

bujang senang


Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus[1] berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.
Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.[2] Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak.
[sunting] Mitos
Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan,[3] kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun.dia dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yg membunuh dia...

0 ulasan:

Blog Archive

There was an error in this gadget

..


sponsor by

p:p