BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

sponsor by

ads


p:P

Saturday, July 3, 2010

pantang larang orang melayu

assalamualikum....tau x melayu ada pantang larang....
setakat ini berapa yg anda tau pasal pantang larang org melayu...
sedikit bukan...bg yg tau bnyak alhamdulillahlah...tp amal kerr.......
di sini saya letakkan beberapa pantang ketika para ibu hamil.....

1)dlrg mencaci ,megumpt membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
2)dlrang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
3)dlrang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
4)hndklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
5)dlrang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
6)dlrang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
7)ibu jga dlrang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
8)dtgah mnyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
9)ibu mgandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
10)dlrg tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
slain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

0 ulasan:

Blog Archive

..


sponsor by

p:p